Skip to main content

HR Template - Checkout Now!

HR Template - Checkout Now!
HRD SOP. Employee Handbook. HR Letters. HR Forms. DIY in 24 hours

#dudukrumah #covid19. Masa untuk analisa halatuju masa depan anak. Lakukan padanan minat dan kemahiran dengan ekosistem bisnes.



Dapatkan ebook ini di SHopee https://shopee.com.my/junaidah68

Testimoni diri penulis:-
Detail saya dari PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Instagram: https://www.instagram.com


101 Ceklist Panduan Bisnes Dari Rumah percuma ada saya sediakan dibawah ini. Jika perlukan panduan lengkap anda boleh sahaja mendapatkan e-book lengkap dengan memesannya di sini
 

 
Tuan/puan dikehendaki menjawab 101 soalan di bawah secara percuma. Walaupun anda fikir soalan yang diberikan berulang-ulang dan mudah. Sila berikan jawaban anda dan di checklist terakhir nanti, anda akan mengutip semua jawapan tersebut untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Perniagaan anda.

Jika tuan/puan sukar untuk menjawab soalan2 berikut, sila dapatkan panduan dalam bentuk e-book dari kami. Kenapa e-book, supaya tuan boleh edit semua soalan untuk menambah ruang jawapan atau cut, copy dan paste dari semua sumber jawapan ke dalam jawapan anda.

Di bawah ini adalah team kami dan ebook yang kami berikan merupakan kandungan buku 101 idea bisnes home-based + 101 analisis padanan minat dan bisnes. Jadi sangat berbaloi kerana sepertinya anda membeli 2 buah buku dengan harga 1 buah buku. Jadi jangan lupa dapatkannya ok.
 




CHECKLIST PERINGKAT PERTAMA
(Analisa padanan minat, kebolehan dan sistem sokongan sekeliling bisnes yang dipilih)

Mematuhi Tiga Peraturan Utama memilih Bisnes Sendiri untuk menjadi Viral


Soalan 1)  Peraturan I: Satu perkhidmatan atau barangan pada harga rendah di pasaran. (Fikirkan dan tulis diatas kertas)

Soalan 2)  Peraturan II: Pilih bisnes yang UNIK  dan tidak melibatkan pengiklanan dengan kos yang tinggi.
(Fikir dan tulis, begitu juga soalan atau kenyataan seterusnya)

Soalan 3) Peraturan III: Mempunyai nilai yang tinggi daripada harga yang dibayar oleh pelanggan.
(Fikirkan dan tulis apakah produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan)

ADAKAH BISNES VIRAL ORANG LAIN ITU SESUAI DENGAN ANDA?

Kenalpasti Kebolehan Dan Kemahiran Diri


Jawab soalan di bawah mengikut rating diri anda sendiri dari 1 hingga 8, satu soalan dengan rating maksima 8.

Rating 1 bagi setiap kategori memberi sedikit kemahiran atau kepuasan, manakala rating 8 akan memberi kemahiran atau kepuasan yang maksima kepada anda.
Hasil daripada rating yang tinggi itu nanti akan memberi petunjuk pilihan bisnes yang bagaimana sesuai untuk anda. 

A.           Kemahiran Profesional dan Kreatif

Soalan  4)  Adakah anda mempunyai sumber pengetahuan yang mengkhusus di dalam suatu bidang?  

Ya atau tidak. Rating:           Apakah pengkhususan anda itu.

Soalan 5) Adakah anda mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang unik?

Ya atau tidak. Rating:        Apakah pengetahuan aau kemahiran unik yang ada sekarang.

Soalan 6)  Adakah anda gembira menyelesaikan permainan ‘puzzles’ (soalan-soalan yang sukar dijawab) atau permainan teka-teki?

Ya atau tidak. Rating:  

Soalan 7) Adakah anda seorang yang kreatif atau mempunyai daya cipta?

Ya atau tidak. Rating:          Apakah bidang kretiviti anda itu.

B.            Bekerja dengan kemahiran pertukangan

Soalan 8) Adakah anda boleh dikatakan seorang yang ada bakat kesenian?
           
Ya atau tidak. Rating:             Apakah bakat kesenian itu?


 Soalan 9) Adakah anda seorang yang mahir dengan kerja tangan anda?
                    
Ya atau tidak. Rating:              Apakah kemahiran dan bidang kerja tangan yang sering anda lakukan.

Soalan 10)  Adakah anda berminat untuk mengetahui bagaimana sesuatu barang itu boleh bekerja atau bergerak?
                    
Ya atau tidak.  Rating:        

Soalan11) Pernahkah anda melakukan kerja-kerja pembaikan barangan?

                         Ya atau tidak. Barangan jenis apa?

C.                 Perkhidmatan dan Kemahiran Sosial

Soalan 12)  Adakah anda suka menilai dan menganalisa bagaimana orang berfikir atau bertindak? 

                     Ya atau tidak: Rating:         

Soalan 13) Adakah anda suka membantu orang lain?

                   Ya atau tidak. Rating:
Soalan14) Adakah anda seorang yang gemar berjumpa orang baru pada setiap hari? 
                 
                 Ya atau tidak. Rating : 

Soalan 15) Adakah anda gembira bercakap dengan orang yang tidak dikenali?

                 Ya atau tidak:  Rating
  

Kenalpasti kemahiran dan ciri-ciri motivasi



Setelah anda mendapat jawapan daripada 3 kategori di atas, anda mesti menilai motivasi diri sendiri untuk memulakan bisnes sendiri. Antara soalan-soalan yang perlu anda jawab sendiri adalah seperti berikut:- 

Soalan 16) Adakah ianya satu perkhidmatan yang anda benar-benar gembira menawarkannya kepada orang ramai? 

                     Apakah barangan atau perkhidmatan itu?. Nyatakan

Soalan 17) Adakah anda sanggup untuk menggunakan berjam-jam lamanya untuk merancang dan mempromosikan bisnes anda sebelum mendapat ringgit yang pertama?       
                     Ya atau tidak. Rating:              
Adakah anda benar-benar komited untuk bekerja keras dan memberi tumpuan masa walau dalam apa juga risiko untuk menjayakan bisnes yang dipilih.

Soalan 18)  Adakah anda gembira dan berbangga memberitahu kawan mengenai apa yang anda lakukan?

Ya atau tidak.   Rating   
            .
 Teruskan menjawab soalan kerana kesimpulan akan di analisa di beberapa soalan analisis akhir nanti.

Pilih Jenis Bisnes Bersesuaian Dengan Anda


Empat (4) kategori di bawah pula akan membantu anda dalam memilih jenis bisnes yang bersesuaian dengan diri anda:-

Soalan 19) Penilaian diri sendiri.

Nilai dan tulis di atas kertas siapakah diri dan kaitan dengan bidang bisnes yang anda bayangkan anda ingin lakukan berdasarkan bayangan atau maklumat analisa diri anda di atas tadi.


Soalan 20) Kemahiran kerja saya termasuk 
Nilai dan tuliskan sekali lagi apakah kemahiran anda sebenarnya. Fikirkan adakah ianya selari dengan jawapan pada Soalan 19 di atas.

 Soalan 21) Pengalaman kerja yang saya ada .

                   Tuliskan pengalaman ada sehingga sekarang. Nilaikan bidang yang bagaimana yang paling anda minat sekali.

Soalan 22) Latarbelakang pendidikan saya
                           Nyatakan dengan jelas.

Soalan 23) Hobi saya termasuk                        

                    Nyatakan hobi atau perkara yang ada suka lakukan apabila masa terluang dan perkara tersebut menggembirakan hati anda.
                 
Soalan 24) Saya benar-benar (suka atau tidak suka) bekerja dengan orang dewasa, orang yang lebih tua, kanak-kanak, binatang, serangga, mesin, tanam-tanaman, makanan atau dengan teknologi.  

Ya atau tidak: Rating         . Nyatakan  minat anda dalam gabungan bisnes dengan siapa atau apa.


Soalan 25) Saya tidak suka melakukan kerja di dalam atau di luar rumah. 
                  
Nyatakan kesukaan anda.

Soalan 26) Saya suka aktif atau duduk sahaja ketika menjalankan kerja-kerja saya.

                   Nyatakan sama ada anda suka kerja yang aktif atau duduk di satu-satu tempat sahaja.

Soalan 27) Saya adalah seorang yang memulakan sesuatu dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugasan harian untuk memenuhi keperluan permintaan bisnes.

                    Nyatakan komitmen ada terhadap bisnes yang dibina.

Soalan 28) Saya menganggarkan dengan realistik beberapa jam dalam seminggu untuk digunakan dalam membangunkan bisnes baru saya.

Nyatakan anggaran masa yang anda komited boleh diperuntukkan untuk bisnes baru ini.


Soalan 29) Pada tarikh   ________________ saya pasti dapat menjalankan operasi bisnes saya    di rumah.

                   Nyatakan tarikh yang realistik.

Soalan 30) Berdasarkan jawapan 28 jawaban anda di atas, senaraikan idea-idea bisnes yang bersesuaian dengan kebolehan, minat, gaya hidup dan juga keluarga.
a.          ____________________________
b.          ____________________________
c.          ____________________________
d.         ____________________________
e.          ____________________________
f.           ____________________________

Soalan 31) Perhalusi senarai sehingga mendapat 3 idea bisnes yang terbaik hasil dari analisa anda di soalan no (30) di atas dan tuliskan pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk setiap bisnes tersebut.

a.          Idea bisnes (1)  : Senaraikan Kategori Pelanggan2 yang berpotensi.
                                                                          __________________________________________________
                                                                          __________________________________________________
                                                                          __________________________________________________
         
b.          Idea bisnes (ii): Senaraikan Kategori Pelanggan2 yang berpotensi.
                                                                          __________________________________________________
                                  
           
c.              Idea bisnes (iii): Senaraikan Kategori Pelanggan2 yang berpotensi.
                     __________________________________________________
                     __________________________________________________
                     __________________________________________________
             
Soalan 32)  Senaraikan sumber maklumat yang boleh diperolehi untuk menyelidiki 3 idea bisnes di atas. Sama ada melalui organisasi, pertubuhan, buku-buku, majalah-majalah perdagangan, usahawan-usahawan lain, agensi-agensi kerajaan atau melalui internet.
 
a.          Idea bisnes I : Senaraikan sumber maklumat untuk input atau menyelidiki bisnes di atas.
                                                                          __________________________________________________
                                                                          __________________________________________________
         
b.          Idea bisnes II 
                                                                          __________________________________________________
                                                                          __________________________________________________
                     
c.          Idea bisnes III 
________________________________________________  _________________________________________________

Berdasarkan kepada 3 idea bisnes di atas, pilih satu yang terbaik pada fikiran anda dapat memberi pulangan yang berbaloi kepada pendapatan dan juga kepuasan diri.

Mulakan dengan langkah seterusnya untuk memilih idea bisnes yang benar-benar bersesuaian dengan diri anda.

  CHECKLIST PERINGKAT KE-DUA

(Fokus kepada SATU idea bisnes yang telah dipilih di jawaban soalan 32 di atas. Tuliskan dengan tulisan yang sangat besar satu idea bisnes yang telah anda pilih)

Kenalpasti Sumber dan Sokongan untuk Idea Bisnes Yang Terbaik

Soalan 33)  Senaraikan 5 perkara yang selalu anda lakukan terbaik bagi bidang bisnes yang telah anda pilih di atas. 

 Soalan 34) Cari perkara-perkara baru untuk diberi kepada orang ramai mengikut apa yang mereka mahukan.

Soalan 35) Senaraikan 20 perkara bagaimana orang lain boleh mendapat faedah daripada bisnes yang anda lakukan.

Soalan 36) Pelajari dan nilai perkhidmatan yang bakal dan telah anda tawarkan kepada orang ramai.

Soalan 37) Kenal pasti pesaing-pesaing yang menjalankan bisnes yang hampir sama.

Soalan 38) Pelajari kejayaan-kejayaan bisnes orang lain yang hampir sama dengan bisnes anda.

Soalan 39) Pelajari kejayaan-kejayaan bisnes yang berbeza dengan bisnes anda. Contohnya adakah mereka menjalankan cara pemasaran yang baru, pengiklanan di media-media baru, menggunakan teknologi maklumat yang baru atau sebagainya.

  Nyatakan apakah sistem yang memberi kejayaan kepada bisnes mereka.

Soalan 40) Pelajari kegagalan-kegagalan syarikat2 yang menjalankan bisnes sendiri.

Nyatakan apakah sistem atau cara yang membawa banyak kegagalan kepada syarikat mereka.

Soalan 41) Rancang kejayaan anda sendiri.

Nyatakan sistem yang mesti dilakukan untuk kejayaan bisnes.
Nyatakan sistem yang TIDAK akan anda lakukan sama seperti di mana banyak syarikat lain gagal dalam bisnes dengan menggunakan sistem tersebut.


8 Langkah Merancang dan Berjaya Dalam Bisnes yang Dipilih



Soalan 42)  Ketahui bisnes anda – tambah ilmu melalui buku-buku atau mentor.

Soalan 43)  Ketahui pelanggan anda – selidik dan dapatkan imput dari sekeliling.

Soalan 44)  Ketahui aset anda – senaraikan aset yang anda ada untuk menyokong bisnes.

Soalan 45)  Ketahui undang-undang berkaitan bisnes anda – Senaraikan atau dapatkan maklumat penguatkuasaan undang-undang terhadap bisnes baru anda ini.

Soalan 46) Tambahkan nilai yang sebenarnya kepada bisnes anda – cari idea baru yang memungkinkan bisnes anda menjadi unik atau viral.

Soalan 47) Perihatin kepada pelanggan yang ‘baik’ kepada bisnes anda termasuklah mengadakan satu sistem untuk mendapatkan pengkalan data keseluruhan pelanggan anda seperti autoresponder dan sebagainya.
Soalan 48) Tentukan sistem untuk mengurus kewangan dengan sistematik dan bijak –ketahui ilmu berkaitan perakaunan dan pengurusan kewangan.

Soalan 49) Tentukan cara mengurus bisnes sendiri anda dengan bijak – tentukan masa dan disiplin yang sesuai dengan sistem sokongan anda.

 
7 Analisa Akhir Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Pastinya sekarang anda mempunyai perasaan ingin tahu yang membara. Apakah tindakan seterusnya untuk memulakan bisnes di rumah. Di bawah ini diberikan beberapa soalan yang mesti dijawab sebagai analisa terakhir sebelum melakukan tindakan-tindakan untuk memulakan bisnes:-

Soalan 50)  Apakah yang sepatutnya akan saya lakukan?
Rancang dan lakukan pemetaan bisnes (business mapping) termasuk komitmen untuk berjaya berdasarkan jawapan-jawapan di atas tadi. Ringkaskan semula jawapan anda mengikut soalan-soalan berikut ini:-

Soalan 51)  Apakah yang saya perlukan untuk bermula?

Soalan 52) Siapakah akan menjadi pelanggan nanti?

Soalan 53) Berapakah sepatutnya harga yang perlu ditawarkan?

Soalan 54) Barapakah kadar keuntungan yang saya boleh dapat?

Soalan 55) Bagaimana saya boleh memulakan bisnes di rumah?

Soalan 56) Bagaimanakah caranya boleh saya menggunakan komputer untuk
menambahkan keuntungan?


10 Langkah Memastikan Kejayaan Bisnes

Beberapa keputusan mestilah dibuat sebelum memulakan bisnes di rumah. Keputusan ini akan membantu anda untuk memulakan bisnes pada masa dan tempat yang sesuai, bagaimana imej bisnes  yang baik serta pelbagai perkara berkaitan dengan bisnes yang baru dimulakan. Jawapan kepada seoalan-soalan di bawah akan membantu anda dalam membuat keputusan:-

Soalan 57) Di mana tempat anda mengendalikan bisnes?

Soalan 58)  Bagaimana bisnes anda boleh memberi kesan kepada keluarga . Nyatakan kesan buruk dan kesan baik.

Soalan 59) Bagaimana anda melengkapi dan menghias pejabat/ruang kerja anda?  

Soalan 60) Bilakah masa yang sesuai bagi anda untuk membuka bisnes?

Soalan 61) Apakah imej yang bisnes anda ingin pamerkan?

Soalan 62) Apakah aspek undang-undang berkaitan dengan bisnes anda.  

Soalan 63) Kemanakah halatuju bisnes yang anda mahukan?  Menjadi jutawan, menambah aset untuk keperluan hidup, menambah amal jariah, menambah sedekah, membantu lebih ramai orang dan sebagainya.

Soalan 64) Bagaimana mahu membiayai bisnes.

Soalan 65) Siapakah di antara orang penting yang boleh dijadikan jaringan bisnes.
 

Soalan 66) Bagaimana memasarkan bisnes anda.  Nyatakan dengan detail cara offline dan online.


Meringkaskan Keseluruhan Perkara Penting Bisnes Dalam Rancangan Perniagaan (RP)

Soalan 67) Merancang keseluruhan perniagaan . Sediakan Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap dan jelas.
Sesuatu perniagaan yang ingin dibangunkan tidak kira bisnes kecil atau besar mestilah dirancang dengan teliti dan mengetahui gambaran keseluruhan bisnes tersebut. Pengetahuan mengenai gambaran keseluruhan aktiviti bisnes akan memberi keyakinan kepada anda untuk meneruskan perniagaan di samping mudah untuk berkongsi maklumat dengan beberapa rakan kongsi yang lain. Merancang perniagaan juga penting supaya semua aktiviti yang dijalankan mengikut jadual yang telah diatur dengan teliti, seterusnya mencapai matlamat yang disasarkan.

Soalan 68)  Tentukan dan fahamkan tujuan dengan jelas penyediaan rancangan perniagaan.
i)   Untuk mendapatkan pembiayaan.
                     ii)  Untuk diketahui kakitangan semua visi dan misi.
                     ii) Untuk memberitahu staff berkaitan kesuluruhan aktiviti dan sasaran syarikat.

Soalan 69)  Fahami dan detailkan perkara penting yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan

Soalan 70)  Sumber pembiayaan bisnes yang anda inginkan.

Memulakan bisnes di rumah juga memerlukan modal. Lazimnya modal boleh diperolehi melalui sumber yang hampir dengan anda. Membuat pinjaman di agensi kewangan kerajaan atau swasta mungkin agak sukar kerana anda masih belum ada sejarah bisnes yang kukuh yang boleh dijadikan bukti kejayaan bisnes. Hanya bisnes yang berpotensi maju dan akan memberi pulangan modal balik kepada agensi kewangan sahaja boleh dicadangkan untuk mendapat pinjaman. 

Bisnes di rumah bermula dengan kecil-kecilan dahulu. Lazimnya pembiayaan daripada agensi pembiayaan agak sukar diperolehi. Antara sebabnya anda tidak mempunyai sejarah bisnes yang boleh ditunjukkan kepada agensi sebagai kekuatan bisnes dan dapat membayar semula pinjaman yang diberikan. Agensi pembiayaan perlukan latarbelakang bisnes yang sudah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan untuk dipertimbangkan.

Antara  sumber lain yang boleh dijadikan bantuan kewangan adalah:-

1.                  Kad Kredit

2.                  Pinjaman Pembelian Peralatan

3.                  Pinjaman Kenderaan

4.                  Bantuan daripada ahli keluarga.


Soalan 71) Tentukan cara menangani anak-anak dan bisnes jika dilakukan dirumah.

Bagi suri rumah, sudah tentu dengan adanya bisnes yang dijalankan di rumah akan menjejaskan waktu-waktu santai bersama anak-anak dan keluarga. Ada sebahagian masa terpaksa dikorbankan untuk bisnes. Tentukan cara anda mengendalikan hal-hal berkaitan keluarga dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan.

Soalan 72) Tentukan Cara melayani pelanggan dengan lebih effektif


Cara Mengurus Bisnes Secara Profesional

Ramai berpendapat bahawa cabaran utama usahawan-usahawan sendiri dari rumah ialah menjadikan bisnes di rumah sebagai sesuatu yang penting yang perlu diurus dengan professional

Soalan 73) Fikirkan tempat khusus untuk bekerja di rumah.

Soalan 74) Bagaimana caranya dan bilakah masa khusus untuk pengendalian bisnes di rumah.

Soalan 75) Tentukan sama ada perlu menyediakan mesin menjawab talipon dan peti  simpanan suara sementara ketiadaan anda di rumah dan tiada pembantu untuk mengurus bisnes sendiri anda.

Soalan76) Disarankan membawa kad bisnes bersama sepanjang masa.
  Tentukan rekabentuk kad dan supplier.

Soalan 77)   Lengkapkan dan mesti mempunyai Rancangan Perniagaan ( Business Plan)

Soalan 78)  Tentukan caranya bagaimana anda boleh berkeyakinan tinggi menjalankan bisnes anda sehingga berjaya walau dalam keadaan apa juga cabaran dan risko.



Cara Memberi Hebahan Effektif Kepada Orang Ramai

Hebahan secara effektif adalah satu cara penerangan atau pengumuman mengenai produk atau perkhidmatan supaya dapat sampai kepada pengetahuan pelanggan yang berpotensi. Di bawah ini diberikan tips untuk memberi hebahan secara lebih effektif kepada pelanggan bisnes dengan capaian hebahan yang lebih besar:-

Soalan 79)  Mengadakan majlis ulang tahun bisnes.

Apakah rancangan anda. Lokasi, kumpulan jemputan, belanjawan dsb.

Soalan 80) Tajaan Acara Umum

                   Apakah rancangan anda.  Syarikat mana yang ingin ada taja, siapakah kumpulan sasaran yang ingin ditaja dsb.

Soalan 81) Jemput selebriti popular

                   Apakah rancangan anda. Siapakah agaknya artis yang boleh dan mampu anda jemput.

 Soalan 82) Menaja pertandingan.

Apakah rancangan anda. Tentukan jenis pertandingan yang ingin ditaja dan lakukan kertas kerja lengkap untuk semua aktiviti di atas supaya belanjawan yang digunakan mendapat pulangan yang sepatutnya dan menguntungkan.

Soalan 83) Buktikan anda berkemahiran dalam bisnes yang dijalankan.

Tulis detail dan bayangkan perjalanan bisnes hingga mencapai impian anda kerana impian dan bayangan yang jelas serta sering diulang-ulang akan menjadi kenyataan. Jangan lupa minta pertolongan Allah swt pada setiap masa dan aktiviti bisnes anda kerana tidak ada perkara yang boleh berlaku tanpa pertolongan Allah. Allah dahulu, Allah lagi dan Allah terus menerus. Inilah rahsia pegangan usahawan yang berjaya.


Bagaimana teknologi komputer boleh menambah keuntungan bisnes dan memviralkan bisnes anda


Sebuah bisnes sendiri yang berjaya, sama seperti bisnes lain memerlukan perancangan yang rapi, seperti hidup ini juga terdiri daripada 95 peratus pemikiran dan selebihnya fizikal.
Samalah seperti kita menjelajah untuk sampai ke sesuatu destinasi yang tidak kita kenal dan ketahui, tanpa peta yang baik, kita tidak akan berjaya sampai. Begitu juga dengan bisnes, tanpa perancangan yang baik dan teliti, matlamat kejayaan bisnes sukar untuk dicapai.

Cara Membawa Bisnes Sendiri Menjadi Viral

Semua usahawan baik bagi bisnes kecil atau besar mengimpikan sebuah bisnes yang sentiasa berkembang dan maju kehadapan. Pelbagai strategi dilakukan untuk meluaskan pasaran bagi produk atau perkhidmatan masing-masing. Di bawah ini diberikan beberapa tips untuk membawa bisnes maju kehadapan terutamanya bersaing dalam pasaran pada abad yang ke -21.

Solan 84) Pergerakan bisnes dan maklumat terkini.

Cari maklumat dan tambah kemahiran berkaitan memajukan bisnes mereka seperti teknologi internet, cara pemasaran Fb, Instagram, Twitter, Google Ads, SEO optimization dan sebagainya.

Jika anda tidak tahu cari teman, tempat atau seminar-seminar yang menganjurkan kursus tersebut. Detailkan bila dan siapakah mentor anda untuk mendapatkan ilmu ini.

Soalan 85)  Teknologi terkini pejabat di rumah.

Tentukan dan cari maklumat teknologi terkini dan dapatkan teknologi tersebut. Tentukan bila anda akan mendapatkan teknologi ini sama ada dalam bentuk aset atau ilmu-ilmu IT ini.

Soalan 86) Menjadi pendengar yang baik.

Sentiasa membuka ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada semua hal berkaitan dengan bisnes anda. Terutamanya kekuatan dan kelemahan dari Pesaing anda.


Cara Menangani Kesetiaan Pelanggan Terhadap Bisnes

Semua perniagaan mengharapkan kesetiaan pelanggan untuk bertahan dalam bisnes. Oleh itu memberi lebih perhatian untuk menangani kesetiaan pelanggan adalah penting. Antara langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah:-

Soalan 87)  Beri lebih masa semasa anda melayani pelanggan iaitu semasa anda memberi barangan atau perkhidmatan yang dibeli atau berilah perkhidmatan yang terbaik ketika mereka dalam kecemasan. Ketahui dan tambah ilmu cara menangani dan melayani pelanggan dengan baik dan sering diingat pelanggan.
Soalan 88)  Tawarkan sesuatu yang pelanggan anda suka seperti memberi berita-berita pendek kepada pelanggan setia, pemberian hadiah kecil atas kunjungan yang kerapkali dari pelanggan atau tawarkan sesuatu yang menunjukkan anda perihatin terhadap mereka.

Apakah rancangan anda. Cari berita atau apakah bentuk hadiah yang ingin diberi. Cari pembekal yang boleh memberi kerjasama dengan baik pada harga yang berbaloi dan perkhidmatan yang cepat.

Soalan 89) Sentiasa menghormati dan melayan pelanggan yang datang dengan kata-kata manis dan senyuman yang sentiasa dibibir anda.

Sediakan Moto anda supaya mudah diingati seperti ‘kunyah-kunyah elok’, ‘kuputeh..kuputeh’, ‘sedap hingga menjilat jari’, ‘dan dan menjadi’ dan sebagainya.

Soalan 90) Menangani semua rungutan dari pelanggan dengan penuh perhatian. Jika ada pelanggan yang memberi rungutan yang berulang-ulang, cuba untuk selesaikan rungutan sehingga memuaskan hati mereka. Jika perlu berikan nama bisnes yang hampir sama dengan anda yang mungkin boleh memberi kepuasan kepada pelanggan seperti ini.

Soalan 91) Menghantar kad harijadi atau kad menawarkan diskaun atau hantar kepada mereka beberapa salinan maklumat yang menarik perhatian mereka berkaitan bisnes anda


TIPS MENANGANI KEGAGALAN BISNES SENDIRI


Perihal Menangani Kegagalan Bisnes

Semua usahawan tidak mahukan kegagalan. Selalunya kegagalan banyak perpunca dari sikap usahawan itu sendiri. Kelemahan diri usahawan banyak menyumbang kepada kegagalan bisnes. Usahawan mestilah mempamirkan ciri-ciri yang selalunya ada pada para usahawan yang berjaya iaitu:-

1.                  Penuh Keazaman
2.                  Berdisiplin
3.                  Ada halatuju
4.                  Ketabahan
5.                  Keberanian melakukan kesilapan
6.                  Keberanian menanggung risiko


INTERNET DAN CARA VIRALKAN BISNES

 
Perihal Komputer dan Perkakasannya

Komputer peribadi atau Personal Computer (PC) adalah benda baru kepada suri rumah di Malaysia. Walau bagaimanapun sesetengah universiti dan bisnes besar di luar negara telah menggunakan komputer hampir 5 dekad yang lalu. Komputer peribadi dan komputer meja digunakan kurang dari 20 tahun. Penggunaan internet pula lebih muda daripada itu.


Bagaimana teknologi komputer boleh memviralkan bisnes anda dan dapat menambah keuntungan bisnes

Sebuah bisnes di rumah yang berjaya, sama seperti bisnes lain memerlukan perancangan yang rapi, seperti hidup ini juga terdiri daripada 95 peratus pemikiran dan selebihnya fizikal.

Apakah yang dikatakan internet?. Bagaimanakah internet boleh membantu bisnes di rumah menjadi viral dengan menambah keuntungan sambil bergembira melakukannya?. Internet ialah singkatan kepada perkataan inter-network yang menggunakan talian telefon untuk berkongsi data atau berbual dengan orang lain. Menggunakan perkakasan modem (modulator-demodulators), komputer boleh berhubung dengan komputer lain mengikut arahan-arahan yang diberikan sama ada menghantar data atau menerimanya.

Medium Pemasaran Terkini Melalui Internet

Meningkatnya penggunaan internet setiap hari, pasti memberi peluang kepada usahawan dari rumah untuk melakukan pemasaran melalui internet. Mereka boleh memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui website, blog atau membuat akaun di facebook atau twitter. Kemajuan dalam industri teknologi maklumat di negara kita boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan dari rumah. Mudah dan pantas. Hampir keseluruhan urusniaga boleh dilakukan dari hujung jari anda sahaja. Cuma pelajari cara untuk memviralkan bisnes yang sudah diyakini kukuh dari segi jenama, kualiti, pembungkusan, proses jual beli dan sebagainya.
Sebahagian dari strategi pemasaran melalui internet:-

Soalan 92) Strategi Pemasaran Melalui Website Atau Blog.
Rancang layout, maklumat, imej dan detail yang mesti ada dalam website atau blog anda.

Soalan 93) Strategi Pemasaran Dengan Optimasi Website.
Cari Orang yang boleh bantu mengajar dalam hal meningkatkan pencarian web anda oleh pelayar-pelayar internet. Detailkan sekali masa dan belanjawan yang diperuntukkan untuk strategi ini.

Soalan 94)  Manfaatkan Jaringan Sosial. Bina fanpage yang menarik.
Sediakan layout, maklumat, video dan gambar produk atau perkhidmatan bisnes anda. Cari orang atau organisasi yang boleh bantu.

Soalan 95)  Email Marketing Forum
Ketahui juga sistem autoresponder untuk mengumpulkan alamat email dari pelanggan. Dalam masa yang sama memberi mereka maklumat terkini atau promosi barangan dari semasa ke semasa. Detailkan maklumat forum-forum yang aktif membincangkan berkaitan dengan email marketing ini.

Soalan 96) Promosi Bisnis Melalui Iklan di internet
Kumpulkan maklumat tapak-tapak iklan yang efektif. Tingkatkan kemahiran dalam pengiklanan melalui google dan sebagainya.

Soalan 97) Memasang Banner Di Website Lain
Ada juga boleh mengiklankan barangan dan perkhidmatan di website orang lain. Dapatkan maklumat website yang sangat efektif dan memberi pulangan yang berbaloi berbanding dengan kos pengiklanan yang dikeluarkan. Ramai berkata jika meletakkan iklan di website secara percuma tidak berapa berkesan kerana pengunjung yang datang ke website tersebut juga suka yang percuma sahaja. Tidak membeli.

Soalan 98) Meminta review produk oleh internet marketer, instafamous, artis dan dari sumber yang menjadi trend.

Dapatkan review produk atau perkhidmatan anda dari otai-otai internet yang sangat berpengaruh. Sediakan draft untuk mereka kerana ini lebih memudahkan mereka.

Ini adalah langkah terakhir untuk memviralkan bisnes anda setelah semua kelengkapan, kemahiran, jenama, pembungkusan dan sistem jual beli telah mantap.

CHECKLIST AKHIR

SOALAN 99)   BILAKAH TARIKH ANDA INGIN MULA BISNES?  

SOALAN 100) APAKAH PRODUK/PERKHIDMATAN YANG ANDA AKAN BUAT?.

SOALAN 101)  DETAIL MARKETING YANG ANDA AKAN FOKUSKAN 


TINDAKAN TERAKHIR ADALAH MENYEDIAKAN SEBUAH 'RANCANGAN PERNIAGAAN' ATAU  RP yang lebih lengkap. Ulangi melengkapkan soalan 67 di atas.

Penyediaan Rancangan Perniagaan juga ada disediakan dalam e-book yang telah kami rangkumkan semuanya dari latarbelakang bisnes kecil-kecilan atau bisnes dari rumah, 101 soalan analisis, panduan untuk menjawab semua soalan, penyediaan Rancangan Perniagaan dan beberapa contoh bisnes yang boleh dimulakan dengan segera.

Sila ke http://wasap.my/60135933126/ebookbisnesviral untuk pembelian ebook keseluruhannya. RM20 sahaja untuk 300 lebih mukasurat lengkap untuk semua jawapan dan panduan mulakan bisnes lengkap.

Di bawah ini merupakan team penulis ebook ini pada mula study dilakukan bersama hos rancangan Apa Kata Wanita RTM1. 101 idea bisnes merupakan buku yang telah dijual dipasaran. Sekarang ini kami garapkan dalam sebuah buku bersama2 dengan 101 ceklist bisnes dalam bentuk e-book untuk memberi peluang kepada semua orang memilikinya dengan pantas.

Disamping  tuan/puan boleh edit untuk memasukkan jawaban bagi semua soalan ceklist tanpa menulis semula.




Sebahagian Isi Kandungan E-book Checklist Jaguh Bisnes Viral. Ikut atau Gagal
 



Buku saya yang lain 'Buat Duit dengan Restoran' Terbitan PTS Publishing Berhad.

Comments

Popular posts from this blog

Coway Bangkit Bantu Rakyat Malaysia Melandaikan Lengkuk Kes Covid-19

 Coway Bangkit Bantu Rakyat Malaysia melandaikan lengkuk kes Covid-19 Kes Covid-19 masih berlegar-legar di angka 20,000 kes setiap hari. Melihat kesedihan yang dikongsikan oleh orang-orang yang kehilangan orang tersayang, sudah pasti kita inginkan satu ikhtiar lain selain dari SOP penjarakan sosial sahaja. Klik link ini untuk berhubung dengan kami  https://linktr.ee/JuneAmdan Atau terus sahaja ke Coway Mall untuk checkout  https://emall.coway.com.my/?agentcode=641449 Kredit kepada owner Tik Tok  bagi video di atas. Klik link ini untuk berhubung dengan kami  https://linktr.ee/JuneAmdan Atau terus sahaja ke Coway Mall untuk checkout  https://emall.coway.com.my/?agentcode=641449 Wabak Covid-19, tersebar melalui jangkitan udara. Malah varian-varian terbaru lebih ganas kerana dengan pantas varian-varian ini hidup di dalam hidung manusia dan masuk ke dalam paru-paru, membina perumah baru dan merosakkan organ-organ dalaman manusia. DAHULU *  Kematian dari orang-orang yang tidak kita ketahui.

HR Template Malaysia / Human Resource Department's SOP

HR Template Malaysia / Human Resource Department's SOP  HR Template Tutorial   Assalamualaikum Wrt / salam sejahtera sahabat sekalian. Memandangkan blog ini mengkhusus dalam pembangunan bisnes, sudah pasti sebuah bisnes yang bagus mempunyai sebuah sistem pengurusan sumber manusia untuk menguruskan kakitangan yang menjadi aset kepada bisnes kita walaupun kita mempunyai minima 2 orang kakitangan. Saya kongsikan di sini pakej lengkap Standard Operating Procedures untuk mengurus staff  syarikat. SOP ini telah melalui beberapa pemeriksaan dan lulus ISO9001:2000 Apa yang penting dengan ISO9001. Baca di sini.   Saya pernah ditugaskan untuk membangunkan Jabatan Sumber Manusia anak syarikat Proton bermula syarikat 'pecah tanah' sehinggalah mempunyai hampir 1000 orang staff pada ketika itu. SOP inilah juga yang saya gunakan sebagai lampiran untuk projek2 bersekala besar untuk syarikat. Semua klien kami berpuas hati dan mereka melihat sendiri staff2 kam

OGOShop - Platfom E-Commerce produk muslim dengan sistem cashback terbaru 2020

OGOShop - Platfom E-Commerce produk muslim dengan sistem cashback terbaru 2020   Manual OGOShop https://documentcloud.adobe.com/link/track?uri=urn%3Aaaid%3Ascds%3AUS%3A0eb58cf7-56d0-453e-b71b-fb758cc1e98f Daftar FREE KLIK https://usahawanmall.com/intojannahcentre Join group KLIK                                                           https://chat.whatsapp.com/DgMqp6TuPQqFHv9dNSOcQp https://www.sinarharian.com.my/article/59362/EDISI/Kelantan/100000-usahawan-disasar-sertai-OGOShop   Datuk Che Abdullah Mat Nawi (empat dari kanan) memegang plak khas ketika melakukan perasmian Majlis Pra-Pelancaran OGOShop di sini. 100,000 usahawan disasar sertai OGOShop SITI FATIHAH AWANG | | 27 November 2019 KOTA BHARU - Berkonsepkan e-dagang serta rangkaian peruncitan, OGOShop.my merupakan salah satu platform perdagangan usahawan muslim dan produk 'halalan toyyiban' yang dilancarkan di seluruh negara pada